Search This Blog

Pages

Sunday 7 August 2011

R.I.N.D.U


Aku rindu kau yang dulu 
kau yang selalu buat aku tersenyum 
Aku rindu semua tu 
tapi bukan kau yang buat aku terguris ...............

Aku rindu kau yang dulu
Rindu saat perkenalan kita yang tak diduga
Sape sangka kan kita akan bersama sekarang ni 
Sedangkan kita saling tak mengenali 
Walaupun kita belajar di sekolah yang sama 
Kerana kau adalah kau
Dan aku adalah aku ketika itu....................

Aku rindu kita bergurau senda 
Semuanya terasa indah kan ?
masa tu belum ada badai lg yang melanda kita
kita bersama dan bersama dgn bahagianya ..............

Tapi semua tu hanya sementara 
Hari demi hari ,cinta kita kian di uji
pelbagai rintangan yang datang
dari mereka ,dari aku dan juga dari kau sendiri .............

Kadangkala aku lemah 
kerana aku tak sekuat kau
aku tersungkur ,namun aku bangun kembali
kerana adanya kau di sisi ..................

Dugaan yang datang melanda kita
Biarlah hanya kita yang tahu
Terlalu perit untuk diingati
Terlalu sukar untuk dilupakan ..............

Aku rindu kau ,sayanggg
Rindu kau yang aku kenali
Kau yang pernah sayangkan aku
Kau yang tak pernah jemu dengan aku
Kau yang selalu sabar dengan kerenahku ........

Bukan kau yang tak sayangkanku
Bukan kau yang tak endahkanku
Bukan kau yang mengabaikanku
Bukan kau yang mengguris hatiku ...........

Sekarang kau bukan orang yg ku kenali itu
Aku tak tau kemana perginya orang itu
Kembalikan dia ,padaku ...................

Ohh Tuhan ,bantulah aku menemui dia
Dia yang mencintaiku seperti dulu
Bukan dia yang melukaiku kini
AKU SAYANG KAU ..........


No comments:

Post a Comment

♥♥ We loved with a love that was more than love ♥♥